Ahad, 26 April 2020

SETIAP SESUATU ADA MAQAMNYA : Maratib al-Mudud

[SETIAP SESUATU ADA MAQAMNYA]

Setiap mad far'i ada tingkatannya. Satunya tidak akan terkurang dan terlebih dengan mad yang lain. Masing-masing berada di tempat sendiri. 

Matan ada menyebut:
أقوى المدودِ لازمٌ وما لحق.....فالمتصل فعارض السكون ثق
فالمنفصل وأضعف الكل البدل......واللين عن مد لعارض نزل

Maksudnya rangkap 1:

Mad yang paling kuat adalah (mad) Lazim, dan yang mengikuti(nya)..….
adalah (mad) Muttasil, kemudian (mad) Aridh li al-Sukun hendaklah engkau menjadikan(nya, mad Aridh li al-Sukun) kuat.

Maksud rangkap 2:

Kemudian mad (Munfasil). Dan yang paling lemah berbanding yang yang lain adalah (mad) Badal…..

Sedangkan (mad) Lin menjadi panjang sebagai (mad juga) kerana (situasinya yang) mendatang.

**Nota tambahan : Setiap huruf Fa’ yang berada di awal kalimah yang ada dalam matan tersebut adalah menunjukkan tartib, yakni susunan cerita. 

Sebagaimana Firman Allah yang berbunyi:
 (وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ * فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ)
[Surat Al-Baqarah 23 - 24]

Semua Fa’ dalam firman tersebut adalah untuk tertib cerita.

Jika terjumpa dalam satu nafas bacaan beberapa mad far'i maka hendaklah disantuni setiap mad yang kuat dan mad yang lemah segi harakatnya. 

Ada isu yang perlu diberi penekanan jika terjumpa dengan pelbagai mad dlm satu nafas tilawah. 
Cth:
هؤلاء إن كنتم صدقين

Penutupnya saya datangkan matan al-Samanudi bagi menguatkan husnul ada' dalam bacaan al-Quran. 

أقْوَى المدودِ لاَزِمٌ فَما اتَّصَل
فَعَارِضٌ فَذُو انفِصالٍ فَبَدَلْ

ثُمَّ الطبيعيُّ وَلِينٌ يا فتَى
واللينُ أضعف المدود قد أتى

Panduan:
**husnul ada' = bacaan yang bagus 

-Khuwaydim al-Quran-
20 April 2020

Tiada ulasan: