πππππππππ
Kapsul Akhlak - Attitude seorang Muslim
πππππππππ
IBNU BATTUTAH MENGAJAR KITA
Abu Abdillah Muhammad Ibn Battutah ialah seorang tokoh pengembara Islam yang paling tersohor di dunia.
Kota Tanjah,Maghribi merupakan halaman kelahiran beliau menjadi titik mula pengembaraan agung manusia ini.
Awalnya pada abad ke-13, dunia lebih mengenali Marco Polo dengan kisah pengembaraannya. Namun Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui untuk naikkan derajat siapa di kalangan hambanya yang lebih layak untuk disanjungi, pengembaraan Ibnu Battutah mula disingkap dan menjadi masyhur pada abad ke-19.
Waimma, Marco Polo telah mengembara selama 24 tahun dengan jarak sebanyak 24,000 batu dan hanya melibatkan catatan tentang perdagangan, harga-harga barang dan seumpamanya. Namun Ibnu Battutah melangkaui prestasi itu dengan pengembaraan sejauh 75,000 batu dalam tempoh 29 tahun dan catatannya meliputi sosial politik masyarakat dunia yang lebih utama untuk dipersembahkan kepada kita seperti dalam konteks agama, undang-undang dan adat resam.
Maka ada beberapa perkara yang perlu kita belajar dari insan berani ini yang tiada istilah takut dalam kamus hidupnyanya terutama dari aspek sikap/attitude seorang muslim sejati dalam berinteraksi terhadap dunia dan isinya:
⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️
πAttitude Pertama
ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA
Birki, Turki:
"Ketika kami sedang duduk bersama dengan sultan, masuklah seorang tua yang berserban sambil memberi salam. Kadi dan Muhyiddin (penasihat sultan) berdiri sebagai tanda hormat. Lalu, orang tua itu duduk dibangku yang tadinya diduduki oleh para qari istana dan para qari itu duduk di bawah. Aku bertanya kepada Muhyiddin: "Siapakah orang tua ini?", beliau ketawa dan tidak berkata apa-apa. Aku mengajukan sekali lagi soalanku, beliau menjawab: "Dia ini seorang tabib Yahudi. Kami semua memerlukan khidmatnya kerana itulah kamu dapat melihat kami berdiri semasa dia masuk". Situasi ini menimbulkan kemarahanku. Lalu aku berteriak: "Wahai mal'un! Wahai mal'un! Berani kamu duduk di atas sedangkan para qari berada dibawah!" Aku terus mencercanyadengan suara yang kuat".
"Sultan berasa hairan dengan sikapku dan bertanya kepada Muhyiddin tentang sikapku ini. Muhyiddin memberitahu baginda. Yahudi itu merasa marah dan keluar dari majlis tersebut dengan perasaan yang amat kecewa".
"Ketika kami ingin bersurai, Muhyiddin berkata kepadaku: "Tindakanmu itu sangat baik. Semoga Allah memberkatimu! Tidak ada seorangpun selain kamu yang berani bercakap dengannya sedemekian". Sesungguhnya aku telah membuat dia tahu siapa dirinya yang sebenar".
⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️
Attitude Kedua
BENCI JIKA HUKUM ALLAH DILANGGARI WALAU SEKECIL-KECIL PERKARA
Jazirah al-Tair:
"Kami tiba di Pulau Burung. Pulau ini dipenuhi dengan burung syaqasyiq berwarna hitam dan bersaiz lebih besar dari burung merpati. Pelayar-pelayar memburu burung ini, memasak dan memakannya tanpa menyembelihnya terlebih dahulu".
"Datang seorang saudagar dari Pulau Masirah yang bernama Muslim duduk disebelahku. Aku melihatnya memakan burung itu bersama kelasi-kelasi kapal berkenaan. Aku pun melarangnya daripada berbuat demikian. Dia menjadi malu dan berkata: "Aku menyangka mereka telah menyembelihnya terlebih dahulu"".
⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️⛵️
Attitude Ketiga
BERKATA BENAR SEKALIPUN KEPADA SEORANG PEMIMPIN
Izaj:
"Tiada siapapun di dalam bilik itu. Hanya ada hajib baginda iaitu Faqih Mahmud dan seorang pengiring yang rapat dengan baginda. Apabila baginda ternampak faqih tersebut dia berkata: "Ini ialah Maulana Fadil" sehingga berlebihan dalam memuji-mujinya dan ternyata baginda sudah mabuk. Sudah ku ketahui tentang ketagihan baginda dengan arak".
"Kemudian baginda sultan bertitah dalam bahasa Arab yang indah: "Cakaplah" kepada ku. Aku pun berkata: "Seandainya tuanku mahu mendengar daripada hamba, hamba hendak memberitahu tuanku bahawa tuanku ialah putera Sultan Atabek Ahmad yang masyhur dengan kesalihan dan kezuhudan. Tuanku pula tidak memiliki sebarang kekurangan dalam pentadbiran selain ini", sambil aku menudingkan jariku ke arah 2 biji mangkuk (arak) itu".
"Kemudian kulihat baginda semakin khayal dan mengantuk lalu aku pun beredar".
"Faqih Mahmud mencium sepatuku dan meletakkannya di atas kepalanya lalu berkata: "Semoga Allah memberkatimu. Apa yang kamu ucapkan itu terhadap sultan kami, tidak mampu untuk diucapkan oleh seorang pun selain kamu. Demi Allah, aku berharap agar nasihatmu itu benar-benar akan memberi kesan kepada baginda".
Wallahhua'lam
-Khuwaydim al-Quran-
20 Jan 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan