.:;KAPSUL FIQH;:.
💊📖💊📖💊📖
LARANGAN SEORANG DIRI DALAM SAF BERJEMAAH
Sekiranya saf sudah penuh kemudian individu lain membuat saf yang baru tetapi hanya seorang sahaja adalah makruh, dan tidak mendapat fadhilat saf.
Daripada Ali bin Syaiban ra bahawa Baginda saw melihat akan seorang lelaki solat di belakang saf (secara bersendirian). Baginda berhenti dan menunggu sehingga lelaki itu selesai dari solatnya. Lalu Baginda bersabda kepadanya: "Ulang solatmu, tidak ada solat bagi orang yang solat secara bersendirian di belakang saf".
-Tuhfah al-Ahwazy, isnadnya hasan. Dan memiliki syahid-
Seorang makmum (makmum A) yang berada dalam saf dengan keadaan seorang diri hendaklah dia menarik seorang jemaah di depannya untuk menemaninya.
Soalan: Makmum mana yang harus dipilih olehnya? yang di tengah? kanan? atau kiri?
Jawapan: Makmum yang paling hujung sebelah kanan (makmum B).
Caranya: Angkat takbir ➡️ sentuh bahu makmum B berkenaan ➡️ makmum B yang disentuh bahunya bergerak ke belakang berdiri sama saf dengan orang yang menyentuhnya (makmum A).
Soalan: Jika sudah sesi di atas tiba-tiba datang makmum baharu (makmum C). Bagaimana makmum A & B itu.
Jawapan: Makmum B bergerak ke tempat asalnya di hadapan dengan tujuan memenuhkan saf asal berkenaan itu.
Manakala makmum A & C bergerak perlahan2 ke tengah (rujuk buku Indahnya Solat Berjemaah oleh Ustaz Mohd Haidzir Hussin) kerana memenuhi tuntutan sabda Baginda saw:
"Jadikanlah imam berada di tengah dan tutuplah ruang-ruang kosong".
-al-Targhib wa al-Tarhib, al-Munziri menyatakan isnad hadis ini sahih, hasan atau hampir dengan keduanya-
Pengarang kitab I'anah al-Thalibin menyenaraikan syarat dalam masalah ini:
a- Dilakukan selepas mengangkat takbiratulihram
b- Orang yang ditarik bersetuju untuk ke belakang
c-Orang yang ditarik adalah golongan merdeka, bukan hamba sahaya
d-Saf di hadapan tidak mempunyai dua orang sahaja.
-Khuwaydim al-Quran-
20 Jun 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan