Ahad, 26 April 2020

MANUSIA DAN BENCANA

[MANUSIA DAN BENCANA]

1. Kehidupan dunia merupakan bentuk ujian buat manusia. 

(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ)
[Surat Al-Mulk 2]

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)

2. Manusia itu pada asas kejadiannya memang cepat gelisah apabila diuji. 

(إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا * إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا * وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا)
[Surat Al-Ma'arij 19 - 21]

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. 

3. Solat merupakan penawar penyakit asas manusia berkenaan. 

Sambungan firman Allah swt di atas:

(إِلَّا الْمُصَلِّينَ * الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ)
[Surat Al-Ma'arij 22 - 23]

Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. 

4. Sabar dan solat merupakan tawaran agung daripada Sang Pencipta buat makhluk yang diciptakan pabila menghadapi sebarang ujian.

(وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ)
[Surat Al-Baqarah 45]

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. 

5. Manusia pasti merasakan ujian yang sedang dihadapi adalah sebesar masalah buat diri mereka, maka Allah bekalkan cerita Isra' Mi'raj Nabi saw. 

Episod awal dakwah Islam:
Sedang Baginda saw diserang dengan dahsyat dari pihak kafir Quraisy, dua insan kesayangan Baginda meninggalkannya: Saidatuna Khadijah ra isteri kesayangan yang sering menyokong dan menghulurkan bantuan ekonomi dsb;  Abu Talib pakcik saudara yang sentiasa memberi perlindungan dan suaka politik terhadap dakwah Baginda saw. 

Kejadian ini menjadikan Nabi saw sangat sedih. Lalu Allah membawa Baginda untuk melihat kerajaanNya yang Agung yang lebih besar dari apa yang Baginda hadapi. 

Dunia dan isinya umpama debu sahaja jika mahu dibandingkan dengan Kebesaran Allah swt. 

Penerapan 2 nilai dalam hati Baginda saw melalui peristiwa Agung ini: satu ialah hakikat  takbir 'الله أكبر'; dua ialah pergantungan bulat mestilah kepada Allah swt semata. 

6. Ucapan yang patut terkeluar dari mulut orang yang beriman apabila ditimpa ujian. 

Sabda Nabi saw :
الحمدُ للهِ على كل حالٍ ، رب أعوذُ بكَ من حال أهلِ النارِ

Segala puji bagi Allah atas semua keadaan, wahai Tuhanku aku berlindung denganMu dari keadaan ahli neraka. 
(Syarh al-sunnah) 

7. Tindakan yang patut buat orang beriman berada di dalamnya pabila sedang diuji. 

Sabda Nabi saw :
إنَّ لكلِّ عملٍ شِرَّةً، ولكلِّ شِرَّةٍ فَتْرةً، فمَن كانتْ فَتْرَتُه إلى سُنَّتي فقد أَفلَحَ، ومَن كانتْ فَتْرَتُه إلى غَيرِ ذلكَ فقد هَلَكَ

Sesungguhnya setiap amalan itu ada waktu berada di kemuncaknya (gembira), dan setiap kemuncak itu pula akan ada waktu jatuhnya. Tatkala siapa yang sedang berada kejatuhannya berada dalam sunnahku maka dia telah berjaya, dan siapa yang berada selain dari (sunnahku) itu maka dia telah binasa. 
(Jumhur muhaddithin) 

8. Istilah sebenar berjaya dalam hadapi ujian kehidupan ini. 

( قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ * فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ * أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ * الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)
[Surat Al-Mu'minun 1 - 11]

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

-Khuwaydim al-Quran- 
25 Mac 2020

Tiada ulasan: