Soalan:
Apa hukum mandi kolam ketika siang Ramadan ye ustaz?
Jawapan:
Makna PUASA itu maklum iaitu menahan diri daripada perkara yang membatalkannya dengan cara-cara yang tertentu.
Salah satu cara yang perlu dipelihara oleh si puasa ialah menahan diri daripada memasukkan ain sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka seperti mengorek telinga, memasukkan air sabun atau ubat ke dalam dubur dan sebagainya. (Idaman Penuntut, Jil.1, oleh Hj Abd Ghani Hj Yahya)
Termasuk di dalam maksud 'sesuatu benda' di atas ialah air kolam juga, yang jelas kita tidak mampu menghalangnya daripada memasuki ke dalam rongga terbuka jika menyelam ke dalamnya. Ini sama ada dengan sengaja atau tidak. Ini boleh membatalkan puasa.
Berbeza dengan orang yang melaksanakan mandi yang dituntut seperti manda janabah. Jika air mandian tersebut TERMASUK ke dalam rongga terbuka tanpa disengajakan maka dimaafkan kerana air datang dari atas bukan dengan cara menyelam. Tetapi mandi yang harus seperti ingin menyejukkan badan, rimas dan seumpamanya, begitu juga air wuduk pada basuhan keempat jika termasuk air ke dalam rongga maka terbatallah wuduknya.
Hatta perbuatan wuduk yang sunat sekalipun seperti istinsyaq (memasukkan air ke hidung), madmadah (berkumur-kumur) dan bersiwak sebelum solat dengan syarat tidak melampau had masuk air ke dalam rongga yang berkenaan maka adalah dimaafkan mengikut pandangan Syeikh Ramli.
Khuwaydim al-Quran
1 Mei 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan