Ahad, 26 April 2020

BAGAI IRAMA DAN LAGU

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
SULAMAN HATI 

[BAGAI IRAMA DAN LAGU] 

Pabila menggambarkan 2 perkara yang sinonim, sering pepatah Melayu berpujangga:

"Bagaikan irama dan lagu, aur dan tebing, isi dan kuku, dakwat dan kertas, berpisah tiada".

Begitulah digambarkan dalam kehidupan para sahabat r.a. Betapa banyak amalan yang tidak dapat dipisahkan dengan mereka. 

Apabila disebut nama seseorang dari mereka pasti tergambar dalam kepala kita, amalan2 mereka yang hebat bagaikan malaikat beribadah. 

☘☘☘☘☘☘☘☘☘

Begitulah halnya, kisah seorang sahabat yang disapa oleh para malaikat ketika hayatnya, Imran bin Husoyn (Ψ­Ψ΅ΩŠΩ†). 

Pernah berjabat tangan dengan malaikat Jibril a.s dalam satu peperangan. 

Riwayat lain, beliau sering mendapat salam dari malaikat. Apabila beliau berjalan di suatu tempat yang sunyi ketiadaan siapa pun di situ, tiba-tiba terdengar suara yang memberi salam seolah-olah dari dinding, batuan dan pokok-pokok di situ. 

Apabila ditanya kepada Baginda saw siapakah pemilik suara tersebut, dijawab itulah para malaikat. 

Beruntungnya Imran bin Husoyn. Beruntungnya Imran bin Husoyn. Beruntungnya Imran bin Husoyn. 

Apakah amalan sahabat Agung ini? 

Beliau ini menghidap penyakit buasir yang teruk selama 30 tahun sebelum kewafatannya. Keluar darah yang berterusan. 

Namun apabila ada yang menangisi hal keadaannya itu, langsung dia mengucapkan kata-kata yang penuh bermakna buat kita:

"Mengapa kalian menangis? Bergembiralah, kerana lebih 40 tahun aku tidak pernah terlepas saf yang pertama".

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

"IMRAN BIN HUSOYN dengan SOLAT BERJEMAAH, saf pertama BERPISAH TIADA". 

Alangkah bagus jika kita dikurniakan Allah, kekuatan beramal seperti beliau. 

"Ya Allah, kurniakan kami apa yang telah Engkau kurniakan kepada orang soleh yang terdahulu dari kami".

-Khuwaydim al-Quran-
11 Oktober 2019

Tiada ulasan: