.:;KAPSUL FIQH;:.
๐๐๐๐๐๐
I'TIKAF : PAHALA BERGANDA
Rahmat kasih sayang Allah sangat mencurah-curah pada bulan Ramadan ini. Sekian banyak ibadah-ibadah sunat naik menjadi taraf ibadat wajib di dalam bulan Ramadan ini.
Antaranya Sahih al Bukhari dan Sahih Muslim ada meriwayatkan sebuah hadis Nabi saw:
ููุฅูุฐูุง ุฌูุงุกู ุฑูู
ูุถูุงูู ููุงุนูุชูู
ูุฑูู ุ ููุฅูููู ุนูู
ูุฑูุฉู ููููู ุชูุนูุฏููู ุญูุฌููุฉู) ููู ุฑูุงูุฉ ูู
ุณูู
: ุญุฌุฉ ู
ุนู)
"Apabila telah datang Ramadan maka lakukanlah umrah, kerana umrah ketika itu seumpama pahala ibadah haji". Riwayat Muslim - "...seumpama pahala ibadah haji bersamaku".
Apatah lagi ibadah wajib yang asalnya hingga 700 kali ganda pahalanya dibuka oleh Allah swt lebih dari kadar itu khusus istimewa hanya dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.
Sunan al Nasaie dengan status hadis yang sahih:
ู
ุง ู
ูู ุญุณููุฉู ุนู
ูููุง ุงุจูู ุขุฏู
ู ุฅูููุง ูุชุจู ูููู ุนุดุฑู ุญุณููุงุชู ุฅูู ุณูุจุนู ู
ุงุฆุฉู ุถุนูู ุ ุฅูููุง ุงูุตูููุงู
ู ูุฅููููู ูู ุ ูุฃููุง ุฃุฌุฒู ุจููู
"Hanyalah setiap amalan anak Adam itu diganjari dengan 10 hingga 700 kali ganda pahalanya kecuali puasa. Puasanya untuk-Ku, dan Akulah yang akan menentukan ganjarannya"
๐บI'tikaf : Pahala Berganda๐บ
Guru-guru kami mengajarkan teknik ini untuk diamalkan agar pahala i'tikaf itu berganda.
Lalu kami berhajat untuk sampaikan kepada rakan pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Pertama: Apabila berada dalam masjid, niat untuk lakukan i'tikaf nazar dengan niat sebegini rupa :
"Aku bernazar untuk i'tikaf dalam masjid ini selagi aku berada di dalamnya pada hari ini kerana Allah Taala".
Kedua : Lalu kita niat pula untuk i'tikaf nazar seperti berikut :
"Sahaja aku i'tikaf nazar wajib dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"
๐บKelebihannya๐บ
Dengan kaedah ini, kita bakal perolehi 2 pahala :
1. Pahala nazar dan fadilatnya.
2. Pahala wajib.
๐บKesimpulan๐บ
Mari kita amalkan sempena 10 malam terakhir Ramadan ini dengan beri'tikaf di dalam masjid.
Bagi kaum lelaki, amalkanlah juga setiap kali kita hadir solat berjemaah dan solat Jumaat.
Selamat beramal ๐๐๐
-Khuwaydim al-Quran-
26 Mei 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan