Ahad, 26 April 2020

MUHARRAM DAN KELEBIHANNYA JOM KITA PUASA ‎9&10 ‏MUHARRAM

πŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’Š
MUHARRAM DAN KELEBIHANNYA
πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—

JOM KITA PUASA 9&10 MUHARRAM
(Isnin dan Selasa minggu depan)

Sebahagian hari yang kita lalui telah dilebihkan oleh Allah berbanding lainnya. Dalam setahun, memang ada beberapa hari yang  ada kelebihannya tersendiri, tidak ada pada hari lain.

Allah berfirman:
وΨͺΩ„Ωƒ Ψ§Ω„Ψ£ΩŠΨ§Ω… Ω†Ψ―Ψ§ΩˆΩ„Ω‡Ψ§ Ψ¨ΩŠΩ† Ψ§Ω„Ω†Ψ§Ψ³ ΩˆΩ„ΩŠΨΉΩ„Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠΩ† Ψ‘Ψ§Ω…Ω†ΩˆΨ§
"Dan demikianlah hari-hari kami gilirkannya di antara manusia, dan agar Allah tahu akan golongan yang tetap beriman (dan golongan yang sebaliknya)" - al-Quran, Al Imran, ayat 140-

Begitu juga dengan 9&10 Muharram yang bakal menjelma tidak lama lagi. Banyak kelebihan yang patut kita dapatkan.

1) Hari yang ditunggu-tunggu oleh Baginda saw untuk berpuasa.

Ibnu Abbas ra:
"Tidak pernah aku melihat Nabi saw menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini iaitu hari asyura' (10 Muharram) dan bulan puasa" - al-Bukhari & Muslim-.

2) Berpuasa sehari dapat mengampunkan dosa setahun.

Abu Qatadah ra:
"Bahawa Rasulullah saw pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ayura', Baginda menjawab: "Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu"-Muslim-.

3) Banyak sejarah yang terbit di dalamnya.

al-Ghazali menyebut di dalam Mukha Syafatul Qulub:
- Firaun ditenggelamkan
- Dicipta Nabi Adam as
- Dilahirkan Nabi Isa as
- Diangkat Nabi Isa as
- Dilahirkan Nabi Ibrahim as
- Dll

Ibadah puasa ini sebenarnya dilakukan oleh  kaum Yahudi di Madinah. Mereka meraikan hari ini dengan berpuasa kerana hari tersebut merupakan hari Nabi Musa as dan Bani Israil terselamat dan ditenggelamkan Firaun dan tenteranya.

Kita umat ini lebih layak untuk meraikannya berbanding mereka berdasarkan sabda Baginda:

"Kami lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa  berbanding kalian" kata Baginda kepada Yahudi - Muslim-.

Bagi membezakan ibadah kita dengan agama Yahudi ialah dengan diiringkan puasa sebelumnya, tasua'.

Baginda bersabda:
"Sekiranya aku masih ada pada tahun hadapan, pasti aku akan berpuasa juga pada hari ke-9 (9 Muharram-tasua')"-Muslim-.

"Berpuasalah kamu pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram dan jangan meniru orang Yahudi"-al-Baihaqi-.

-Khuwaydim al-Quran-
6 September 2019

Tiada ulasan: