Isnin, 4 Mei 2020

'AMIN' MAKMUM SELARI BERSAMA 'AMIN' IMAM


Disunatkan untuk para makmum mengucapkan 'amin' bersama imam. 
-Dr. Zaharuddin, Formula Solat Sempurna-

Masalah ini hanyalah sunat sahaja. 

Namun, berapa banyak ibadah yang hukumnya adalah sunat memiliki fadilat yang sangat luar biasa. 

Antaranya yang diriwayatkan oleh sebilangan muhaddisin dalam kitab-kitab hadis mereka akan hadis berikut :

إذا قال الإمامُ: {غَيْرِ الْمَغضُوبِ عَلَيْهِم وَلَا الضَّالِّينَ} [الفاتحة: 7]، فقولوا: آمينَ؛ فإنَّ الملائِكةَ يَقولون: آمينَ، وإنَّ الإمامَ يَقولُ: آمينَ، فمَن وافَقَ تَأمينُه تَأمينَ الملائِكةِ، غُفِرَ له ما تقدَّمَ مِن ذَنبِه.
"Apabila imam membaca ...(ayat terakhir surah Al-Fatihah)...  Lalu mereka (yakni makmum)  menyebut 'amin'. Para malaikat juga menyebut 'amin'. Dan, imam juga menyebut 'Amin'. Sesiapa yang aminnya selari dengan aminnya para malaikat maka diampunkan dosanya yang telah lalu".

Kesimpulan:
1. Ambillah peluang yang sangat besar ini dengan menyebut 'Amin' selari dan sejajar dengan Amin imam. 

2. Bersungguhlah untuk tunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid atau surau bagi kaum lelaki. 

3. Ketika musim pkp ini, dirikan solat fardhu dan solat sunat terawih secara berjemaah. Ajak ahli keluarga untuk hidupkan suasana solat berjemaah ini. Hidupkan syiar agama dalam rumah tangga masing-masing. 

-Khuwaydim al-Quran-
4Mei2020