Sabtu, 25 April 2020

HIDUP UMPAMA TIKAR SEJADAH

💊💊💊💊💊💊
KAPSUL IMAN - Hebatnya Syukur
📋📋📋📋📋📋📋

.:;HIDUP UMPAMA TIKAR SEJADAH;:.

Hidup ini tidak lebih hanya seumpama orang solat di atas tikar sejadah. 

Jika berdiri penuh kakinya di atas tikar sejadah, maka dahinya mungkin akan sujud lebih daripada tikar tersebut atau paling kurang rumbai-rumbai hujung tikar, maka berbekaslah dahinya berjalur. 

Kalau mahu juga berada atas tikar secara penuh maka terpaksa badannya merengkuk ke dalam secara paksa, tidak selesa.

Jika si solat mahu utamakan dahinya pula tanpa perlu memaksa badan. Maka kaki pula terlebih tidak mendapat tempat. Berdiri di luar dari tikar. 

Si solat bingung untuk memilih. 

Begitulah kehidupan, tidak pernah kita akan menang kesemua bahagian dalam hidup ini. 
Si kaya berduit tidak pernah merasa nikmat bersantai main dam haji setiap petang di bawah pokok yang rendang bergelak ketawa bersama rakan taulan. Gembira, relaks, tenang dan santai. 

Si miskin pula tidak pernah merasa nikmat bagaimana seronoknya berjalan ke sana ke mari melihat negara orang lain, merasa tilam empuk hotel bertaraf dunia dan seumpamanya nikmat yang diperolehi si kaya. 

Hidup memang umpama tikar sejadah. 
Bersyukurlah pasti tenang.

Ada syukur pondok kecil umpama istana. 
Tiada syukur sebesar dunia pun dirasakan seperti penjara.

-khuwaydim al-Quran- 
5 Mac 2019

Tiada ulasan: