(EPI. : MASJID JAMIK DAMSYIK YANG DINAMAI SEBAGAI MASJID BANI UMAYYAH)
Masjid Bani Umayyah merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di dunia. Binaannya pula adalah yang paling sempurna dan yang paling indah. Tiada masjid yang diketahui dan didapati serupa dengannya. Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah Amir al-Mukiminin al-Walid bin Abdil Malik bin Marwan. Baginda telah menghantar utusan kepada raja Rom di Qustantiniyyah (Kostantinopal) dan memohon supaya raja tersebut mengirim jurubina kepadanya. Kemudian Raja Rom telah mengirim seramai 12,000 orang jurubina.
Dahulunya tapak masjid ini ialah sebuah gereja. Apabila orang Islam menawan Damsyik, Khalid bin al-Walid ra masuk melalui salah satu penjurunya dengan pedang terhunus dan mara hinggalah sampai di kawasan tengah banggunan gereja. Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra pula masuk melalui Barat secara damai dan beliau mara hinggalah kawasan tengah banggunan gereja. Akhirnya orang Islam menjadikan sebahagian daripada bangunan gereja yang dimasuki oleh mereka secara kekerasan sebagai masjid, sementara sebahagian dari bangunan gereja itu pula yang dimasuki secara perdamaian dikekalkan sebagai gereja. Apabila al-Walid mengambil keputusan untuk memasukkan kawasan gereja itu ke dalam masjid, beliau telah meminta supaya orang Rom menjual gereja mereka itu kepadanya dengan sebarang bayaran yang mereka mahu sebagai ganti. Walau bagaimanapun, orang Rom enggan menerimanya dan ini menyebabkan al-Walid merampas gereja itu daripada mereka. Orang Kristian mempercayai bahawa sesiapa yang menghancurkan gereja tersebut akan menjadi gila dan mereka memberitahukan perkara tersebut kepada al-Walid. Al-Walid lalu berkata, "Akulah orang yang pertama menjadi gila di jalan Allah!". Beliau lantas mengambil kapak dan mula menghancurkan gereja itu bersendirian. Apabila orang Islam melihat keadaan sedemikian, mereka turut sama menghancurkan gereja. Akhirnya Allah menjadikan kepercayaan orang Rom suatu pendustaan...
...Di kiblat masjid, terletak maqsurah terbesar (ruang khas berpagar besi di dalam masjid iaitu tempat pemerintah atau gabenor mendirikan solat demi menjaga keselamatan dirinya) dan di situlah imam Mazhab Syafi'eyyah mengimami solat. Di sudut Timur maqsurah ini dan bersetentang dengan mihrab, terletak sebuah peti besar yang mengandungi Mushaf al-Quran al-Karim yang dikirim oleh Amir al-Mukminin Saidina Osman bin al-'Affan ra ke Syam. Peti ini dibuka pada setiap hari Jumaat. Selepas solat, orang ramai akan berkerumun untuk mengucup mushaf yang mulia itu. Di sinilah tempatnya orang ramai membawa orang yang berhutang daripada mereka atau orang yang terdakwa atas suatu perkara supaya mengucapkan sumpah...

1 ulasan:
Did you know there is a 12 word phrase you can say to your crush... that will induce intense feelings of love and impulsive appeal for you deep inside his heart?
That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, cherish and care for you with all his heart...
====> 12 Words Will Trigger A Man's Love Response
This impulse is so hardwired into a man's mind that it will make him try better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.
As a matter of fact, fueling this dominant impulse is so important to achieving the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...
...You will soon notice him expose his mind and heart to you in such a way he haven't experienced before and he will perceive you as the one and only woman in the universe who has ever truly attracted him.
Catat Ulasan