Sahabat kunjungan yang dirahmati Allah sekalian,
Dimaklumi bersama, al-Quran itu mempunyai kepelbagaian bentuk bacaan yang kita sebut sebagai wajah-wajah Qiraat samada Hafs, Qalun, Warsy dan seumpamanya sehingga kepada 20 bentuk bacaan yang tersendiri. Bahkan pada hakikatnya bilangan itu sebenarnya lebih lagi namun yang sempat dirakam dalam catatan ulama adalah 10 imam dan setiap satu mempunyai 2 riwayat yang berbeza.
Ini dapat kita lihat dari suasana bentuk pembacaan yang wujud pada ketika ini terutamanya mereka yang mendalami ilmu ini di bilik-bilik kuliah ataupun halaqah pengajian pasti mengetahui tentangnya samada sedikit atau banyak.
Negara kita pun tidaklah ketinggalan dalam bab ini disebabkan suatu ketika dulu adanya program realiti yang berbentuk akademi telah mendedahkan serta membuka ruang mata masyarakat melihat sendiri dan mengetahui tentang ilmu yang sudah lama tersimpan dalam kocek mereka.
Secara asasnya, hal ini dapat kita lihat dari hadis-hadis Baginda saw yang menyebutkan tentang penurunan al-Quran dengan 7 huruf seperti hadis yang berikut :
1) Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas ra menyatakan: Telah bersabda Nabi saw:Ini dapat kita lihat dari suasana bentuk pembacaan yang wujud pada ketika ini terutamanya mereka yang mendalami ilmu ini di bilik-bilik kuliah ataupun halaqah pengajian pasti mengetahui tentangnya samada sedikit atau banyak.
Negara kita pun tidaklah ketinggalan dalam bab ini disebabkan suatu ketika dulu adanya program realiti yang berbentuk akademi telah mendedahkan serta membuka ruang mata masyarakat melihat sendiri dan mengetahui tentang ilmu yang sudah lama tersimpan dalam kocek mereka.
Secara asasnya, hal ini dapat kita lihat dari hadis-hadis Baginda saw yang menyebutkan tentang penurunan al-Quran dengan 7 huruf seperti hadis yang berikut :
"Malaikat Jibril as telah membacakan kepadaku dengan satu huruf (bentuk bacaan) lalu aku mengulang bacaan itu, aku sentiasa meminta Jibril supaya menambahkan lagi huruf yang lain (meminta Jibril as supaya mohon dari Allah swt bentuk bacaan yang lain) dari ayat tersebut dan beliau menambahkan sehingga kepada tujuh huruf".
Di sana banyak lagi dalil-dalil yang datang dari Baginda Rasulullah saw yang menunjukkan bahawa bentuk-bentuk bacaan yang berbeza itu adalah kehendak Rasulullah sendiri agar Allah swt menurunkan satu-satu ayat al-Quran dengan pelbagai bentuk bacaan supaya memudahkan umatnya yang terdiri dari pelbagai kabilah dan peringkat umur untuk membaca al-Quran dengan kesesuaian lidah mereka (ini dikhususkan kepada kaum Arab sahaja, kerana ketika turunnya ayat-ayat Allah swt ini bangsa Arab ramai yang mula masuk agama Islam sedangkan mereka dari pelbagai kabilah, daerah dan peringkat umur, sudah tentu lidah antara mereka mempunyai perbezaan dalam menuturkan bahasa Arab itu sendiri apatah lagi al-Quran yang datang untuk mereka baca dan berpegang dengannya).
Topik perbincangan :
Sahabat sekalian,
Apakah yang dimaksudkan dengan tujuh huruf tersebut?
Para ulama telah meontarkan pandangan dalam menghuraikan maksud dari sabda Baginda itu yakni "7 huruf" sehingga pandangan mereka mencapai sekitar 40 pendapat. Masing-masing mengemukakan hujah tersendiri dalam bab ini.
Masih teringat lagi dalam bilik kuliah dulu, kami diberitahu pendapat yang paling hampir kepada kesuluruhan maksud dan perubahan yang ada dalam ilmu Qiraat adalah sebagaimana yang dilontarkan oleh Abu al-Fadhl al-Razi dalam kitabnya al-Lawa'ih اللوائح. Lalu kebanyakan rakan memilih pendapatnya seperti berikut :
"Kata sabda itu tidak terkeluar dari tujuh corak ikhtilaf (yang ada dalam Qiraat) : Pertama - Perubahan kata nama dari segi ifrad, tathniah, jamak, tazkir dan taknis. Kedua - Perubahan kata perbuatan dari segi madhi, mudhari' dan amr. Ketiga - Bentuk-bentuk i'rab. Keempat - Pengurangan dan penambahan. Kelima - Mendahulukan atau mengkemudiankan. Keenam - Penggantian. Ketujuh - Perubahan dialek samada fath, imalah, tarqiq, tafkhim, idgham, izhar dan seumpamanya".
Namun pintu memilih tidaklah tertutup begitu sahaja kerana di sana banyak lagi pendapat ulama yang mempunyai kebenarannya juga, antaranya seperti berikut :
"Bahawa yang dimaksudkan dengan tujuh itu ialah tujuh bentuk bacaan qiraat dan hal ini hanya sedikit sangat berlaku dalam al-Quran seperti pada ayat 60, surah al-Maidah : ( وعبد الطاغوت ) dan ayat 23, surah al-Isra' : ( فلا تقل لهما أف ). Kebanyakan kalimah hanya dua, tiga, empat bentuk sahaja. Secara jawapannya : Dimaksudkan ialah ada perbezaan bentuk kalimah dalam al-Quran dari satu bentuk, dua, tiga dan sehingga mencecah tujuh bentuk adalah tahap yang paling maksimum".
Namun, disebalik pengkajian dan penamatan, penulis juga mempunyai pendapat dalam hal ini. Pendapat yang ingin dilontarkan ini tiada dari 40 pendapat ulama yang disebut tadi.
Pandangan penulis :
Maksud dari tujuh huruf itu ialah :
Angka tujuh itu ialah bukan menunjukkan kepada sesuatu yang perkara yang tertentu yang mempunyai bilangan sehingga tujuh perkara. Tetapi ialah angka tujuh atau tujuh puluh itu lazimnya digunakan oleh masyarakat Arab bagi menunjukkan satu jumlah yang banyak.

(Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil oleh Hafiz Firdaus Abdullah, m.s. 33, Jahabersa)
Hal ini banyak kita dapat lihat dalam al-Quran sendiri seperti Firman Allah swt :
1) ( مثل الذين ينفقون أموالهم فى سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل فى كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم )
Maksudnya :
((Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat kurniaNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya)).(al-Baqarah, ayat 261)
Maksudnya :
(Luqman, ayat 27)
3) ( استغفر لهم أو لا تستغفر لهم إن تستغفر لهم سبعين مرة فلن يغفر الله لهم ذلك بأنهم كفروا بالله ورسوله والله لا يهدى القوم الفاسقين )
Maksudnya :
(( (Orang munafik itu) sama sahaja (samada) engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun untuk mereka. Jika engkau (Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sama sekali mengampunkan mereka, yang demikian itu kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya. Dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasiq))(al-Taubah, ayat 80)
4) Dari Abdullah bin Umar ra, Abu Musa ra dan Abu Hurairah ra, sabda Baginda saw :
( المؤمن يأكل فى معى واحد والكافر يأكل فى سبعة أمعاء )
Maksudnya :
(Orang mukmin makan dengan satu usus, manakala orang kafir makan dengan tujuh usus).
(Orang mukmin makan dengan satu usus, manakala orang kafir makan dengan tujuh usus).
(Rwy. al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Angka tujuh dalam sabdaan Baginda di atas tidaklah membezakan antara satu dan tujuh usus dengan tujuan memberi pengertian dari sudut sains biologi tetapi adalah satu kiasan bahawa orang Islam makan sedikit manakala orang bukan Islam makan banyak.
Ditambah lagi dalam hal ini, semua doktor sepakat mengatakan bahawa semua manusia tanpa mengira muslim atau kafir, memiliki sistem usus yang sama.
Akhir
Begitulah lontaran pandangan penulis dalam menyatakan maksud tujuf huruf ini. Sekalipun begitu tidaklah dinafikan berkemungkinan besar memang tujuh itu menunjukkan kepada perkara yang tertentu. Cumanya hal ini Baginda saw tidak menjelaskan dan tiada dalam hadis yang menerangkan secara terperinci maksud tujuh huruf. Maka ianya menjadi perkara furu' yang membenarkan para ilmuwan memberi pandangan masing-masing tanpa terkeluar dari berhujahkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan.
Bagi pembaca yang mempunyai komen terhadap artikel ini, penulis sangat mengalu-alukan untuk melontarkan komen tersebut, kerana mungkin ada perkara yang penulis terlepas pandang atau tidak tahu.
Sekian, terima kasih...

7 ulasan:
tqvm, jazakallahu khairan jazk
Terima kasih. Pencerahan yg baik bagi yg mencari ilmu. Alhamdulillah.
sangat baik. Mohon dimanfaatkan.
terbaik...sangat bermanfaat
Alhamdulillah, pencerahan yang amat berguna bagi Ana yang fakir ini..
Allah menggunakan Angka 7 (dlm alquran adalaj merujuk kod sesuatu yg luas (tanpa batasan),7 gunung,7 lautan,7 syurga, 7 neraka,7 langit,7 alam ,7rleven dll...
Skdr pndngan pribadi sy yg jahik lg fakir.
Wallaahu alam fi sawaab.
Allah menggunakan Angka 7 (dlm alquran) adalah sinonim yg merujuk kpd sesuatu yg luas (tanpa batasan),7 gunung,7 lautan,7 syurga, 7 neraka,7 langit,7 alam ,7eleven , 7up ,7seas dll....
Skdr pndngan pribadi sy yg jahil lg fakir dan hensem beriman...
Wallaahu alam bs sawaab.
Catat Ulasan