Sabtu, 25 April 2020

PENYESALAN ORANG YANG BERIMAN

๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€
Kapsul Akidah - Akhirat
๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š

PENYESALAN ORANG YANG BERIMAN 

Akhirat kelak, orang kafir itu ada seribu satu penyesalan. Mereka mahu kembali ke dunia untuk beriman kepada Allah walaupun sesaat cuma. 

Manakala orang yang beriman pula pun ada beberapa penyesalan, satunya kerana tidak membaca surah al Baqarah. 

Baginda saw bersabda:
 . ุงู‚ุฑَุคูˆุง ุณูˆุฑุฉَ ุงู„ุจู‚ุฑุฉِ . ูุฅู†َّ ุฃَุฎْุฐَู‡ุง ุจุฑูƒุฉٌ . ูˆุชุฑูƒَู‡ุง ุญุณุฑุฉٌ . ูˆู„ุง ูŠุณุชุทูŠุนُู‡ุง ุงู„ุจَุทَู„َุฉُ 
"Hendaklah kalian membaca surah al-Baqarah. Mengambilnya (membacanya) merupakan suatu keberkatan. Meninggalkannya suatu penyesalan (di akhirat kelak). Dan para penyihir tidak mampu menguasai (mengalahkan) si pembacanya".
-Sahih Muslim-

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membacanya. Semoga Allah pelihara kita semua dari segala keburukan dan kekurangan. 

-Khuwaydim al-Quran-
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Zakat dan Rasm

---------------------------------------------
.,:;KAPSUL FIQH-Zakat; :,.
๐Ÿ’Š๐Ÿ“–๐Ÿ’Š๐Ÿ“–๐Ÿ’Š๐Ÿ“–๐Ÿ’Š๐Ÿ“–๐Ÿ’Š๐Ÿ“–

2018 berlalu 2019 menjelma, 
Penyata tahunan sudah diterima, 
Zakat penyuci jiwa harta, 
Pasti hidup ada pelita.

Solat zakat bersaudara lama, 
Dalam firman berpisah tiada, 
Keunikan rasm bentuknya saksama, 
Bukti titah sebagai petanda.

Khalifah pertama sangat menjaga,
Habis tentera dikerah berjaga, 
Sejarah bukti tatapan bersama, 
Solat zakat kewajipannya sama.

-Khuwaydim al-Quran-
๐Ÿ€๐ŸŒบ๐Ÿ€๐ŸŒบ๐Ÿ€๐ŸŒบ๐Ÿ€๐ŸŒบ๐Ÿ€

TOMAKNINAH = SUNYI DARI PERGERAKAN

.:;KAPSUL FEKAH;:.
TOMAKNINAH = SUNYI DARI PERGERAKAN

⭕️DALIL:
Tomakninah (ุทู…ุฃู†ูŠู†ุฉ) merupakan tuntutan dalam beberapa rukun di dalam solat  sepertimana sabda Nabi saw:
...ุซู… ุงุฑูƒَุนْ ุญุชู‰ ุชَุทู…َุฆِู†َّ ุฑุงูƒِุนًุง، ุซู… ุงุฑูَุนْ ุญุชู‰ ุชุณุชูˆِูŠَ ู‚ุงุฆِู…ًุง، ุซู… ุงุณุฌُุฏْ ุญุชู‰ ุชَุทู…َุฆِู†َّ ุณุงุฌِุฏًุง، ุซู… ุงุฑูَุนْ ุญุชู‰ ุชَุทู…َุฆِู†َّ ุฌุงู„ِุณًุง...
"...Kemudian rukuklah sehingga tenang ketika rukuk, kemudian bangunlah (i'tidal) sehingga lurus berdiri, kemudian sujudlah sehinggalah tenang ketika sujud, kemudian bangunlah (duduk antara dua sujud) sehingga tenang ketika duduk..." -Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Abu Dawud, al-Nasa'i dll-

⭕️DEFINISI:
Definisi tomakninah dapat kita lihat dari beberapa pandangan sepertimana:
♦️Al-Marbawi:
ุณูƒูˆู† ุงู„ุฃุนุถุงุก
"Berhenti anggota-anggota (dari sebarang pergerakan)"

♦️Syafi'iyyah:
ุฃَู‚َู„ُّู‡َุง ุฃَู†ْ ุชَุณْุชَู‚ِุฑَّ ุงู„ุฃَْุนْุถَุงุกُ
"Paling kurang dengan diamnya anggota"

♦️Hanabilah:
ุญُุตُูˆู„ ุงู„ุณُّูƒُูˆู†ِ ูˆَุฅِู†ْ ู‚َู„
"Terhasil diam berhenti sekalipun sedikit". Sebahagian mereka menambah:
ุจِู‚َุฏْุฑِ ุงู„ุฐِّูƒْุฑِ ุงู„ْูˆَุงุฌِุจِ
"Dengan kadar zikir yang wajib"

♦️Al-Hadrami pula:
ุณูƒูˆู† ุจุนุฏ ุญุฑูƒุฉ ุจุญูŠุซ ูŠุณุชู‚ุฑ ูƒู„ ุนุถูˆ ู…ุญู„ู‡ ุจู‚ุฏุฑ ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡
"Berhenti selepas bergerak sekira-kira diam kesemua anggota ketika itu dengan kadar subhanallah".

⭕️ZIKIR:
Solat penuh dengan zikir dan doa. Bagi mengisi ruang kosong tomakninah ini,  4 mazhab meletakkan bilangan tasbih sepertimana berikut:
๐Ÿ’ŽMalikiyyah: Sunnah (tasbih) terhasil dengan 3 kali tasbih paling kurang.
๐Ÿ’ŽHanabilah: Wajib dengan bentuk tasbih yang warid dari sunnah seperti 'ุณุจุญุงู† ุฑุจูŠ ุงู„ุนุธูŠู…' dan ' ุณุจุญุงู† ุฑุจูŠ ุงู„ุฃุนู„ู‰'. Adapun jika tambah dari bentuk itu adalah sunat.
๐Ÿ’ŽSyafi'iyyah: Apa jua bentuk tasbih namun bentuk yang warid dari sunnah adalah lebih utama. Bilangannnya sehingga 11 kali, itulah yang sempurna. Jika dilakukan oleh imam hendaklah ada reda daripada makmum.
๐Ÿ’ŽMalikiyyah: tiada bilangan yang ditetapkan.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman menyebut kadar waktu Nabi saw berhenti sebanyak 20 kali tasbih. -Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna-

⭕️KESIMPULAN:
Fahamlah kita bahawa tomakninah yang menjadi kewajipan dalam solat itu adalah diam semua anggota dari sebarang pergerakan. Ketika itu kita digalakkan mengisinya dengan tasbih yang memuji dan menyucikan Allah swt.

Membetulkan baju, menyentuh jam, membuang kotoran dari hidung dan telinga, menggaru dan seumpamanya sering kita lihat dalam solat seseorang sedangkan perlakuan itu tidak menghasilkan tomakninah. 

Jika dilakukan perkara itu tanpa henti walaupun sekejap kemudian berpindah kepada rukun yang lain maka tiadalah tomakninah. Tiada tomakninah batallah solatnya.

Hal ini diisyaratkan oleh syaikh Daud al Fathoni hatta dalam duduk antara dua sujud sahwi sekalipun sepertimana kata beliau :
"Sujud sahwi ialah perbuatan dua kali sujud dan antara keduanya hendaklah duduk antara dua sujud dengan tomakninah. Jika tomakninah ini sengaja ditinggalkan maka rosaklah sujud sahwinya". -Furu' al Masa'il-

-Khuwaydim al-Quran-

WANITA HAID DUDUK DALAM MASJID UNTUK BELAJAR

SOALAN:
Apakah wanita haid boleh berada di dalam masjid untuk tujuan belajar? 

JAWAPAN:
Wanita haid dan nifas yang masih belum kering darahnya dan belum mandi hadas begitu juga lelaki; atau perempuan yang dalam keadaan junub dan masih belum mandi wajib, TIDAK BOLEH berada diam di dalam masjid dengan apa tujuan sekalipun. Bahkan perbuatan itu adalah haram di sisi empat mazhab yang muktabar. 

Al Jaziri dalam kitab al fiqh 'ala al mazahib al arba'ah menyatakan sepakat 4 mazhab:
ุฅู†ู‡ ู„ุง ูŠุตุญ ุงู„ุงุนุชูƒุงู ู…ู† ุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุก 
Maknanya: tidak sah i'tikaf (diam dalam masjid) di kalangan wanita haid dan nifas.

HUJAH:
Terdapat 2 dalil yang dipegang dalam hal demikian:
1) al-hadith li Ibn Abd al Wahhab
 ููŠ ุงู„ู…ُุนุชَูƒِูุงุชِ ุฅุฐุง ุญِุถْู†َ: ุฃู…َุฑَ ุฑุณูˆู„ُ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„َّู…َ ุจุฅุฎْุฑุงุฌِู‡ู†َّ ู…ِู† ุงู„ู…ุณุฌِุฏِ، ูˆุฃู†ْ ูŠَุถุฑِุจْู†َ ุงู„ุฃุฎْุจِูŠَุฉَ ููŠ ุฑَุญَุจุฉِ ุงู„ู…ุณุฌِุฏِ ุญุชَّู‰ ูŠَุทْู‡ُุฑْู†َ.
Maknanya: wanita-wanita yang beri'tikaf apabila datang haid, Baginda saw menyuruh mereka keluar dari masjid, dan mereka mendirikan khemah di tepi-tepi masjid sehingga mereka bersuci (kering dari darah dan mandi hadas).

2) sunan Abi Dawud daripada A'isyah ra:
 ุฌุงุก ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆูˆุฌูˆู‡ ุจูŠูˆุช ุฃุตุญุงุจู‡ ุดุงุฑุนุฉ ููŠ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูู‚ุงู„ ูˆุฌู‡ูˆุง ู‡ุฐู‡ ุงู„ุจูŠูˆุช ุนู† ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุซู… ุฏุฎู„ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆู„ู… ูŠุตู†ุน ุงู„ู‚ูˆู… ุดูŠุฆุง ุฑุฌุงุก ุฃู† ุชู†ุฒู„ ููŠู‡ู… ุฑุฎุตุฉ ูุฎุฑุฌ ุฅู„ูŠู‡ู… ุจุนุฏ ูู‚ุงู„ ูˆุฌู‡ูˆุง ู‡ุฐู‡ ุงู„ุจูŠูˆุช ุนู† ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูุฅู†ูŠ ู„ุง ุฃุญู„ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ู„ุญุงุฆุถ ูˆู„ุง ุฌู†ุจ
Maknanya: Baginda saw datang dan melihat muka pintu rumah para Sahabat ra menghadap ke masjid. Lalu Baginda bersabda: "Palingkan rumah-rumah ini dari masjid" kemudian Baginda masuk (ke dalam masjid) dan mereka tidak melakukan apapun kerana mengharapkan ada ayat yang turun memberi keringanan. Apabila Baginda keluar selepas itu, Baginda bersabda lagi sekali: "Palingkan rumah-rumah ini dari masjid sesungguhnya aku tidak membenarkan masjid bagi wanita haid dan orang yang berjunub".

ISU BERBANGKIT:
Soalan yang mungkin timbul di kalangan wanita kini, apakah dengan adanya tuala wanita pada zaman ini yang boleh menahan dari kebocoran hukum berkenaan boleh berubah kepada harus?

Jawapannya, TETAP TIDAK BOLEH kerana illah dalam menyatakan darah haid mungkin akan jatuh ke lantai masjid terbatal dengan riwayat Sahih al Bukhari dan Sahih Muslim bahawa para isteri Nabi saw meletakkan wadah (bekas)  di bawah kaki isteri yang sedang solat tetapi keluar darah istihadah. Perlakuan mereka ini berlaku di dalam masjid.

Jelas pengharaman itikaf wanita haid bukanlah berpunca daripada wanita itu sendiri iaitu mungkin darahnya mencemarkan masjid tetapi sebagai menjaga kehormatan dan kemuliaan rumah Allah itu sendiri. Min bab ikram buyutillah.

PANDANGAN KONTRA:
Imbangan bagi pandang ini adalah dari mazhab al Zahiri yang memegang kaedah asal adalah harus, selagi tiada dalil yang mengharamkan maka hukum asal adalah harus. Harus wanita haid dan nifas beritikaf dalam masjid.  Adapun 2 dalil di atas mereka anggap berstatus lemah tidak boleh dijadikan hujah.

HUJAH BALAS:
Bagi menjawab pandangan mazhab al Zahiri perlulah dilihat dari aspek riwayat hadis kerana kedua-dua hadis dianggap lemah statusnya.

Hadis pertama:
- Kitab al-Hadith li Ibn Abd al-Wahhab, Muhammad bin Abd al-Wahhab mengatakan isnadnya jayyid (bagus). 
- Kitab al-Mughni, Ibn Qudamah mengatakan isnadnya jayyid.

Hadis kedua:
- Kitab al-Badr al-Munir, Ibn al-Mulaqqin mengatakan hasan kerana perawinya thiqqah dan memiliki syahid.
- Kitab Nasb al-Rayah, al-Zaila'i mengatakan hasan.
- Kitab al-Sayl al-Jarar & Nayl al-Awtar, al-Syawkani mengatakan sahih dan memiliki syawahid.

Jelas, status hukumnya adalah Sahih dan Hasan yang layak dijadikan hujah bagi hukum dalam isu-isu yang berkaitan fiqh.

SISIPAN:
Walau bagaimanapun wanita haid dan nifas masih boleh mengunjungi masjid untuk menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid. Ini kerana hukum yang dibincangkan di atas adalah berkisar keberadaan mereka di ruang solat khusus sahaja. Atau kata mudahnya ruang solat yang berkarpet.

Adapun ruang lain dalam masjid seperti dewan, kedai, ruang aktiviti, kantin, balkoni dan sebagainya tiada larangan untuk wanita haid dan nifas untuk diami. Apatah lagi perbincangan ini tidak meliputi tempat-tempat yang selain masjid seperti madrasah, ruang solat di pasaraya dsb. 

Hadis pertama menunjukkan semangat wanita di zaman Nabi untuk beri'tikaf pada bulan Ramadan namun dengan kedatangan haid mereka mendirikan khemah-khemah kecil untuk di tepi-tepi masjid dan tunggu mereka sehingga suci.

KESIMPULAN:
Dalam kesimpulan ini saya memilih 2 perkara:

PERTAMA: kalam Syaikh Daud al-Fathoni al-Syafi'i, seorang tokoh ulama Tawhid, Fiqh dan Tasawuf Nusantara ini dari kitab beliau yang masyhur, Furu' al-Masa'il:

"Tetap dihukum haram ke atas perempuan yang kedatangan haid masuk ke dalam masjid walaupun dia berkeyakinan darahnya tidak akan menitis ke lantai masjid".

"Berlainan dengan bangunan madrasah ataupun tempat belajar agama maka tidaklah haram kecuali apabila dia yakin akan mengotorkan tempat itu dengan darah haidnya maka ia adalah diharamkan".

KEDUA: Warta dari majlis fatwa negeri selangor tentang pengharaman wanita haid dan nifas berada diam dalam masjid sekalipun dengan niat belajar. Lihat lampiran.

-Khuwaydim al-Quran-

Ahad, 22 Ogos 2010

INFO AL-QURAN 3

KESAHIHAN SANAD (dalam dunia Qiraat)

Rujukan al-Nasyr Fi al-Qiraat al-'Asyr dan Fann al-Tartil menyatakan :

"Ia (kesahihan sanad) adalah salah satu rukun yang semestinya dimiliki sehingga sesuatu bentuk bacaan Qiraat itu menjadi sahih.

Dan, agar sanad itu sahih pula : maka semestinya ia mutawatir, masyhur dan dikenali ramai".

Mutawatir itu bermakna : berlakunya pemindahan sesuatu bentuk Qiraat itu dari satu kelompok ke satu kelompok manusia yang mustahil boleh berlaku untuk mereka berpakat untuk berbohong pada setiap peringkat dari peringkat-peringkat sanad.

Dan, disyaratkan bagi penerimaan sanad yang sahih lagi mutawatir itu adalah ia selaras dengan resam penulisan salah satu dari Mushaf-mushaf Usmani, dan Bahasa Arab.

Dalam Muqaddimah al-Tahrir Wa al-Tanwir menyebut :

"Sanad-sanad Qiraat yang sepuluh itu berakhir dengan kepada lapan orang sahabat ra, mereka ialah : Umar bin al-Khattab, Usman bin 'Affan, Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Mas'ud, Ubai bin Ka'ab, Abu Darda', Zaid bin Thabit, dan Abu Musa al-Asy'ari. Maka sebahagian Qiraat ada yang berakhir dengan kelapan-lapan sahabat itu dan ada juga dengan sebahagiannya sahaja".

Abdullah bin al-Mubarak berkata (dalam Sahih Muslim) :

"al-Isnad itu adalah dari agama, dan jika tiada ia nescaya sesiapa boleh berkata dengan apa yang ia mahu".

PAUTAN :

1) Mustafa Sodiq al-Rifa'ie dalam kitabnya I'jaz al-Quran Wa al-Balaghah al-Nabawiyyah menyatakan :

"Kemudian (setelah disalin semula semasa Zaman pemerintahan Saidina Usman bin 'Affan ra) dihantar ke setiap negara satu Mushaf. Pada pendapat yang masyhur ia sebanyak tujuh Mushaf. Dihantar ke Mekah, Syam, Yaman, Bahrain, Basrah dan Kufah. Dan satu lagi Mushaf disimpan sendiri di Madinah, ia dinamakan juga sebagai al-Umm. Kemudiannya (Saidina Usman ra) memerintahkan mushaf selain dari tujuh ini dibakar...Hal ini berlaku pada tahun 25 Hijrah".

Perlu diketahui juga bahawa setiap Mushaf yang tujuh itu terdapat perbezaan resamnya kerana ingin memelihara bentuk-bentuk Qiraat yang diamalkan oleh umat Islam di setiap negara itu. Hal ini telah kita bincangkan di artikel yang lalu, pembaca boleh merujuk kembali artikel yang lepas untuk memahami maksud ini.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdul Fattah al-Qodhi dalam kitabnya Tarikh al-Mushaf al-Syarif :

"Maka Tujuh Huruf itu bertebaran dalam keenam-enam Mushaf itu (kerana pendapatnya ada enam salinan Mushaf). Lalu Qiraat yang baca (( ูˆูˆุตู‰ ุจู‡ุง ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… )) tidak akan didapati pada Mushaf Madinah dan Syam, namun terdapat di Mushaf yang lain".

Ini kerana Mushaf Madinah dan Syam ditulis dengan (( ูˆุฃูˆุตู‰ ุจู‡ุง ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… )) bagi meraikan bentuk Qiraat yang diajar oleh Zaid bin Thabit ra kepada penduduk Madinah (Qiraat Nafi' dan Abu Ja'far), dan Mughirah bin Syihab ra (Qiraat Ibnu 'Amir) kepada penduduk Syam.

2) Selaras dengan Bahasa Arab dijadikan sebagai salah satu syarat sahihnya satu-satu bentuk Qiraat adalah perlu dilihat dan diselidiki semula.

Ini kerana bersebabkan lahjah-lahjah dalam Bahasa Arab adalah tidak selari antara satu sama lainnya. Lalu menyebabkan kaedah-kaedah Nahu dan Sorof yang timbul dari situasi itu juga akan berbeza antara satu sama lain. Bahkan kalau dilihat dalam satu lahjah pun kadang-kadang ahli bahasanya berbeza pendapat dalam menentukan kaedah tatabahasanya.

Ada kemungkinan juga, lahjah dari satu kelompok suku Arab yang berada jauh pedalaman dari pengetahuan ramai berbeza dengan lahjah bahasa Arab yang lainnya. Lalu ia bertepatan pula dengan salah satu bentuk Qiraat. Menyebabkan orang tidak tahu hal ini akan menyatakan : "Qiraat ini salah kerana tidak bertepatan dengan Bahasa Arab kita".

Oleh kerana itu, sesetengah kitab yang membicarakan ilmu ini tidak bersetuju dengan syarat ini. Dengan kata mereka cukuplah syarat Mutawatir dan selaras dengan Resam Usmani mengatasi syarat Bahasa Arab itu.

Kalau dilihat dalam ilmu bahasa ini pun kita akan dapati ulama Kufah dan Basrah sentiasa berselisih pendapat dalam beberapa hal bahasa. Apatah lagi bahasa-bahasa suku lahjah yang jauh dari pengetahuan orang ramai.

Penulis tidak dapat menyatakan kitab rujukan dalam hal ini kerana kitab-kitab itu sudah tiada dalam simpanan penulis. Namun ia masih segar diingatan, alhamdulillah.

Sekian...Salam Ramadhan.

.