Ahad, 26 April 2020

I'TIKAF : PAHALA BERGANDA

.:;KAPSUL FIQH;:.
💊📖💊📖💊📖
I'TIKAF : PAHALA BERGANDA 

Rahmat kasih sayang Allah sangat mencurah-curah pada bulan Ramadan ini. Sekian banyak ibadah-ibadah sunat naik menjadi taraf ibadat wajib di dalam bulan Ramadan ini.

Antaranya Sahih al Bukhari dan Sahih Muslim ada meriwayatkan sebuah hadis Nabi saw:

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)

"Apabila telah datang Ramadan maka lakukanlah umrah, kerana umrah ketika itu seumpama pahala ibadah haji". Riwayat Muslim - "...seumpama pahala ibadah haji bersamaku".

Apatah lagi ibadah wajib yang asalnya hingga 700 kali ganda pahalanya dibuka oleh Allah swt  lebih dari kadar itu khusus istimewa hanya dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. 

Sunan al Nasaie dengan status hadis yang sahih:

ما مِن حسَنةٍ عملَها ابنُ آدمَ إلَّا كتبَ لَهُ عشرُ حسَناتٍ إلى سَبعِ مائةِ ضعفٍ ، إلَّا الصِّيامَ فإنَّهُ لي ، وأَنا أجزي بِهِ
"Hanyalah setiap amalan anak Adam itu diganjari dengan 10 hingga 700 kali ganda pahalanya kecuali puasa. Puasanya untuk-Ku, dan Akulah yang akan menentukan ganjarannya"

🌺I'tikaf : Pahala Berganda🌺

Guru-guru kami mengajarkan teknik ini untuk diamalkan agar pahala i'tikaf itu berganda. 

Lalu kami berhajat untuk sampaikan kepada rakan pembaca yang dirahmati Allah sekalian. 

Pertama: Apabila berada dalam masjid,  niat untuk lakukan i'tikaf nazar dengan niat sebegini rupa :

"Aku bernazar untuk i'tikaf dalam masjid ini selagi aku berada di dalamnya pada hari ini  kerana Allah Taala".

Kedua : Lalu kita niat pula untuk i'tikaf nazar seperti berikut :

"Sahaja aku i'tikaf nazar wajib dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala" 

🌺Kelebihannya🌺

Dengan kaedah ini, kita bakal perolehi 2 pahala : 
1. Pahala nazar dan fadilatnya. 
2. Pahala wajib. 

🌺Kesimpulan🌺

Mari kita amalkan sempena 10 malam terakhir Ramadan ini dengan beri'tikaf di dalam masjid. 

Bagi kaum lelaki, amalkanlah juga setiap kali kita hadir solat berjemaah dan solat Jumaat. 

Selamat beramal 😊😊😊

-Khuwaydim al-Quran-
26 Mei 2019

Tiada ulasan: